Apakah Itu Kencing Manis (Diabetes)?
Kencing manis adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana dianggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.
Kencing manis adalah salah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. ia adalah salah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.
Kencing manis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Bila tidak segera ditangani dengan cepat, diabetes berisiko menimbulkan sejumlah komplikasi, salah satunya adalah penyakit jantung. Pernah terfikir bagaimana hubungan diabetes dengan penyakit jantung?